JANGAN GANGGU SUAMI SAYA DI FACEBOOK

       JANGAN GANGGU & MENGGATAL DGN ISTERI/SUAMI ORG artikel ini sgt menarik utk tatapan kwn2 fb...sepjg pengalaman sy menjd fotografer, byk perempuan yg "gedik" menghampiri sy walau dah tahu sy dah kawin, sikap mereka buat sy menyampah sebenarnya.

    Isu perceraian yang menjadi topik hangat ketika ini 'semakin menarik' apabila seorang pengamal undang-undang memberi tips kepada isteri-isteri teraniaya mengenai cara berdepan perampas suami mereka.

        Peguam berkenaan, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, isteri yang diceraikan disebabkan suami mereka digoda orang ketiga boleh menyaman wanita yang menjadi punca penceraian rumah tangga mereka.

         Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO memberitahu, satu pasukan peguam syarie boleh dibentuk bagi membantu isteri yang teraniaya akibat cinta suami beralih arah.

      Menurutnya, terdapat peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam yang membolehkan seseorang itu didakwa kerana cuba memecahbelahkan perkahwinan orang lain.

     Tambah beliau, tidak ramai wanita Melayu yang menyedari peruntukan itu dan pihaknya bersedia akan membantu mereka mendapatkan khidmat nasihat jika mereka berasa teraniaya apabila ditinggalkan suami ekoran gangguan pihak ketiga.

     "Malah di bawah undang-undang sivil pun ada peruntukan ini, sebagai contoh kes model dan pengacara, Daphne Iking yang mana bekas suaminya menyaman seorang ahli perniagaan kerana memikat isterinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

       Kamilia berkata, kes-kes saman seumpama itu perlu dimulakan supaya masyarakat dapat disedarkan bahawa adalah suatu kesalahan meruntuhkan ikatan pasangan yang berkahwin.

     Justeru, tegas beliau, pihak ketiga yang menjadi punca penceraian itu perlu diheret ke mahkamah dan disaman kerana menyebabkan seseorang isteri yang enggan bercerai tetap diceraikan oleh suaminya.
sumber